Sijil Pengiktirafan

Kementerian Dalam Negeri

SIJIL KDN-HIFORCE_2023_Page_1

Pengiktirafan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada Hiforce Security sebagai syarikat keselamatan adalah satu pengesahan oleh pihak kerajaan akan kebolehan dan piawaian dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan. Pengiktirafan yang memerlukan syarikat memastikan setiap masa akan kualiti perkhidmatan dan tenaga manusia adalah dipantau oleh pihak Kementerian bagi mengelakkan syarikat yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian.

 

Dengan moto syarikat Hiforce Security yang mementingkan Kebijaksanaan, Kebolehpercayaan, Tidak Mementingkan Diri dan Mesra, kami amat yakin dapat memenuhi kriteria yang disediakan oleh Kerajaan.

ISO 9001 : 2015

ISO 9001: 2015 menetapkan kriteria untuk sistem pengurusan kualiti dan merupakan satu-satunya standard dalam keluarga yang boleh diperakui. Piawaian ini didasarkan pada beberapa prinsip pengurusan kualiti termasuk tumpuan pelanggan yang kuat, motivasi dan implikasi pengurusan puncak, pendekatan proses dan penambahbaikan yang berterusan.

 

Pengiktirafan kepada Hiforce Security adalah sesuatu yang istimewa kerana daripada ratusan syarikat keselamatan yang beroperasi di Malaysia, Hiforce Security adalah antara sejumlah kecil syarikat yang mendapat pengiktirafan. Pengiktirafan ISO Hiforce jua merangkumi pengiktirafan peringkat antarabangsa.

SIJIL ISO-1

Keahlian PPKKM

PIKM_2023

Hiforce Security adalah ahli berdaftar dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia. Keahlian dengan PPKKM diwajibkan bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan keselamatan. Keahlian ini juga diaudit oleh pengurusan PPKKM bagi memastikan tahap kualiti dan piawaian bagi memastikan perkhidmatan keselamatan yang disediakan adalah tinggi dan berkualiti.

    Hubungi Kami

    HIFORCE SECURITY SDN BHD

    No A-1-4 Blok A, Plaza Dwi Tasik,

              Jalan 5/106 Bandar Sri Permaisuri,

              56000 Kuala Lumpur.  

    +603 9171 7066