Perkhidmatan

Keselamatan Premis Jabatan Kerajaan Dan Sekolah

HIFORCE SECURITY menyediakan perkhidmatan pengawal statik dan pelbagai sistem keselamatan elektronik untuk melindungi premis perniagaan pelanggan. Sistem Keselamatan Berkomputer (Computerised Security System) kami direka untuk memantau kawasan atau bangunan dengan mengimbas pergerakan personel, merekod aktiviti dan mengesan sebarang pencerobohan.

Keselamatan Kediaman

Bagi memastikan keselamatan premis kediaman HIFORCE SECURITY menawarkan perkhidmatan kawalan statik selain daripada pemasangan/penggunaan beberapa peralatan seperti sensor pergerakan CCTV, penggera pintar dan penggunaan kad sesentuh bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan sesebuah kediaman.

Kawalan Keselamatan Majlis/Acara

HIFORCE SECURITY turut menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan bagi majlis atau acara seperti mesyuarat, persidangan, konsert atau perhimpunan. Perkhidmatan kami meliputi kawalan ke atas orang ramai, pengawasan statik, pengiring peserta/orang kenamaan dan keselamatan pintu-pintu masuk.

Kawalan Keselamatan Orang Kenamaan

HIFORCE SECURITY sedia menawarkan perkhidmatan keselamatan seperti pengiring rapat sepenuh masa bagi menjamin keselamatan orang kenamaan dalam urusan mereka.

Kawalan Keselamatan Acara Sukan

HIFORCE SECURITY turut berkemampuan dalam menyediakan perhidmatan kawalan keselamatan untuk acara sukan seperti penempatan pengawal statik, pengiring kepada delegasi atau pegawai penting serta menyediakan peralatan keselamatan yang lain mengikut kesesuaian.

Sistem Pemantauan Pusat

Sistem Pemantauan Pusat kami berfungsi bagi menentukan keselamatan pelanggan dipantau secara berterusan dengan sistem shif 24-jam. Lokasi- lokasi utama yang disarankan adalah sekolah, hospital, kawasan kediaman, rumah orang kenamaan, premis pejabat, kilang, bank, pusat-pusat perniagaan dan gedung logistik. Sekiranya berlaku sebarang pencerobohan alat penggera akan berbunyi dan anggota kami akan serta merta menyiasat. Anggota keselamatan kemudian akan menghubungi pihak polis untuk siasatan lanjut.

Hubungi Kami

HIFORCE SECURITY SDN BHD

No A-1-4 Blok A, Plaza Dwi Tasik,

          Jalan 5/106 Bandar Sri Permaisuri,

          56000 Kuala Lumpur.  

+603 9171 7066