
Ditubuhkan pada 2008 dan diberi lesen di bawah Seksyen 2 (a) dan 2 (b) Akta Ejensi Persendirian No. 27/21 oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan dan penyiasat persendirian di seluruh Malaysia.
HIFORCE SECURITY SDN BHD menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan sesuai dengan permintaan pelanggan. Organisasi, sumber manusia dan kelengkapan kami sentiasa tersedia memenuhi tugas-tugas yang diperlukan oleh pelanggan.
Mengadakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang keselamatan yang berkualiti dan ampuh sesuai dengan keperluan pelanggan. Kami mempunyai keanggotaan yang kompeten serta dedikasi di peringkat pengurusan dan pelaksanaan untuk ditawarkan kepada pelanggan yang menjanjikan satu pulangan yang “cost-effective”.
Kepercayaan dan keyakinan pelanggan menjadi tunggak pegangan dan amalan kami. Justeru kami akan mempastikan perkhidmatan yang diberi adalah tepat, cepat, responsif dalam semua keadaan dan paling kompetitif.

Mempamerkan amalan baik perniagaan dan sentiasa memberi perhatian.

Akauntabiliti, komited, gigih, setia, disiplin, fokus dan integriti.

Mewujudkan jalinan kerjasama yang berpanjangan dengan pelanggan.

Pelanggan berurusan dengan kami berasa selesa dan wujud kesefahaman.


HIFORCE SECURITY SDN BHD
No A-1-4 Blok A, Plaza Dwi Tasik,
Jalan 5/106 Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur.
+603 9171 7066