Kenali kami
Syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian berlesen yang berkhidmat di seluruh Malaysia sejak 2008.
Tahun ditubuhkan
HIFORCE SECURITY SDN BHD ditubuhkan pada 2008 dan diberi lesen di bawah Seksyen 2(a) dan 2(b) Akta Agensi Persendirian 1971 oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan dan penyiasat persendirian di seluruh Malaysia.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan sesuai dengan permintaan pelanggan. Organisasi, sumber manusia dan kelengkapan kami sentiasa tersedia untuk memenuhi tugas-tugas yang diperlukan oleh pelanggan.
// Hala tuju
Misi & visi
Mengadakan pelbagai perkhidmatan dalam bidang keselamatan yang berkualiti dan ampuh sesuai dengan keperluan pelanggan. Kami mempunyai keanggotaan yang kompeten serta berdedikasi di peringkat pengurusan dan pelaksanaan untuk ditawarkan kepada pelanggan, dengan pulangan yang kos efektif.
Kepercayaan dan keyakinan pelanggan menjadi tunggak pegangan dan amalan kami. Justeru, kami memastikan perkhidmatan yang diberikan tepat, cepat, responsif dalam semua keadaan dan paling kompetitif.
// Nilai teras
Nilai yang kami pegang
Kebijaksanaan
Mempamerkan amalan baik perniagaan dan sentiasa memberi perhatian.
Kebolehpercayaan
Akauntabiliti, komited, gigih, setia, berdisiplin, fokus dan berintegriti.
Khidmat Pelanggan
Mewujudkan jalinan kerjasama yang berpanjangan dengan pelanggan.
Mesra
Pelanggan berasa selesa berurusan dengan kami dan wujud kesefahaman.
// Kelayakan
Kelayakan syarikat
Kementerian Dalam Negeri
Lesen di bawah Seksyen 2(a) Kawalan Keselamatan dan 2(b) Penyiasatan Persendirian, Akta Agensi Persendirian 1971.
● BERLESENKementerian Kewangan
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan diiktiraf sebagai Syarikat Bumiputera.
● BERDAFTAR · BUMIPUTERAKeahlian PIKM
Ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) sejak 2011.
● AHLI SEJAK 2011ISO 9001:2015
Sistem pengurusan kualiti diperakui Bureau Veritas bagi perkhidmatan pengawal keselamatan.
● DIPERAKUI SEJAK 2018Perlukan kawalan keselamatan untuk premis anda?
Hubungi kami untuk perbincangan keperluan dan sebut harga.